Sunday 17 June 2012

Gerakan Seni Utama dalam Seni Visual.


Gerakan Seni Utama dalam Seni Visual.


Gerakan Seni Visual
Tema dan Ciri-ciri Gaya Utama
Contoh Pengkarya dan Karya Utama
Renaisans (1300-1550)
Figura, landskap dan potret.  Penekanan kepada ciri representasi dan naturalisme.
Leonardo da Vinci
Michaelangelo
Raphael
Realisme (1850-1900)
Pemandangan/landskap desa dan golongan petani.  Realistik dalam menggambarkan kesan emosi dan kehidupan kelas bawahan.  Komentar sosial.
Daumier
Courbet
Corot
Impresionisme (1870-1885)
Landskap, figura dan potret.  Merakam kesan cahaya dan bayang serta kehidupan moden.
Monet
Manet
Degas
Renoir
Art Nouveau (1890-1910)
Gaya seni visual, seni bina dan seni gunaan.  Mendapat ilham daripada bentuk sejadi seperti bunga, tumbuhan dan garis berbiku.
Gustave Klimt
Antoni Gaudi
Hector Guimard
Pascaimpresionisme (1880-1910)
Figura, potret, landskap dan alam benda.  Kecenderungan kepada bentuk dan nilai ekspresi seni/warna.
Van Gogh
Gauguin
Cezanne
Georges Seurat
Kubisme (1907-1920)
Figura, potret, landskap dan alam benda.  Pemudahan subjek kepada rupa bentuk geometrik.
Picasso
Braque
Leger
Surealisme (1924-1950)
Figura, potret dan landskap.  Imej mimpi/alam bawah sedar.
Salvador Dali
Magritte
de Chirico
Ekspresionisme Abstrak (1951-1965)
Imej abstrak bukan representasi.  Merangsang deria.  Penekanan kepada aspek ekspresi dan sapuan berus spontan.
Pollock
de Kooning
Gorky
Pop Art (1958-1965)
Aspek konsumerisme sebagai tema seni.  Imej budaya popular seperti potret bintang filem, pengiklanan dan komik. 
Roy Lichtenstein
Andy Warhol
Claes Oldenburg
Pascamoden (1965-1990-an)
Kepelbagaian gaya seni, bersifat pluralis tanpa satu-satu rujukan khusus.Reaksi kepada modernisme.  Penggunaan media, teknik campuran dan kaedah baharu: instalasi, konsepsual, persembahan, video dan media baharu.
Gerhard Richter
Cindy Sherman
Seni Moden Malaysia.
Gerakan/Kumpulan Seni Visual
Tema dan Ciri-ciri Gaya Utama
Contoh Pengkarya dan Karya Utama
Pelukis Cat Air Pulau Pinang (1930-an)
Landskap tempatan.  Kesan lutsinar dan transparensi dalam catan.  Sapuan berus spontan dan terkawal.  Pengaruh Barat dan cat air Cina.
Abdullah Ariff
Yong Mun Sen
Pelukis Nanyang (1938-)
Landskap, potret, figura dan alam benda.  Gabungan gaya Timur dan Barat. Pengaruh Pascaimpresionisme dan catan landskap Cina.
Cheong Soo Pieng
Georgette Chen
Chen Wen Hsi
Lai Fong Moi
Wednesday Art Group (1954-)
Landskap, figura, dan imageri kedaerahan.  Figura jinjang, sapuan berus tebal dan teknik gouache.  Imej budaya tradisi seperti kepala perahu dan wayang kulit.
Peter Harris
Patrick Ng
Ismail Mustam
Dzulkifli Buyong
Nik Zainal Abidin
Angkatan Pelukis Semenanjung (1956-)
Potret, figura dan landskap.  Pengolahan realistik.  Menampilkan figura dan unsur budaya Melayu.
Mohd Hoessein Enas
Mazli Mat Som
Mohd Salehuddin
Catan Batik dalam Seni Moden (1950-an)
Tema landskap dan aktiviti harian.  Kampung Nelayan.  Eksperimentasi dan eksplorasi batik dalam catan moden.
Chuah Thean Teng
Tay Mo Leong
Khalil Ibrahim
Gaya Universal/Ekspresionisme dan Ekspresionisme Abstrak (Akhir 1950-an/1960-an-)
Landskap tempatan.  Separuh abstrak dan abstrak.  Pengaruh Kubisme dan Ekspresionisme.  Tema alam sejadi.
Syed Ahmad Jamal
Tay Hooi Keat
Abdul Latiff Mohidin
Yeoh Jin Leng
Ismail Zain
Ibrahim Hussein
Pencarian Identiti Nasional dalam Seni Lukis (1970-an-)
Reaksi kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).  Seni tradisional sebagai inspirasi.  Merujuk seni ukiran, batik, jawi, seni bina dan sastera.
Ahmad Khalid Yusof
Ruzaika Omar Basaree
Syed Ahmad Jamal
Sulaiman Esa
Ismail Zain
Anuar Rashid
Hashim Hassan
Piyadasa
Era Pluralis (Sejak 1990-an)
Pelbagai gaya seni.  Inspirasi daripada seni tradisi, estetika Islam dan gaya seni Barat.  Pengaruh teknologi baharu, pendidkan, budaya dan isu sosiopolitik semasa.
Syed Ahmad Jamal
Sharifah Fatimah Zubir
Sulaiman Esa
Mastura Abdul Rahman
Khatijah Sanusi
Zulkifli Yusof
Awang Damit Ahmad
Tajuddin Ismail
Yusof Ghani
Wong Hoy Cheong
Hasnul Jamal Saidon

No comments:

Post a Comment