Sunday 17 June 2012

TANDAS BERSIH SMK TUN HUSSEIN ONN

TANDAS BERSIH (juara peringkat kebangsaan)


PERTANDINGAN ANUGERAH TANDAS BERSIH SATU MALAYSIA
KONSEP REKAAN, SEJARAH DAN KELEBIHAN
KAMAR SELESA


Pengenalan

            Tandas mampu menggambarkan imej sesebuah organisasi. Justeru ruang ini perlu diurus dengan sempurna, bersih, wangi dan kondusif agar pengguna berasa selesa dan sihat. pada tahun 2006. Merujuk Kamus Dewan kamar bermaksud bilik atau ruang. Selesa bermaksud kondusif. Kesimpulannya ‘Kamar Selesa’ bermaksud ruang yang selesa dan kondusif. ‘Santalia’ adalah nama bunga tradisional tempatan yang dikenali oleh semua bangsa di Malaysia. Bunga santalia berwarna putih melambangkan kesucian dan berbau harum boleh memberikan kesan terapi baik kepada kesihatan. Faktor ini yang mendorong kepada penjenamaan semula tandas ini.

Sejarah

Kamar selesa mula digunakan pada tahun 2004. Pada tahun 2006, penjenamaan semula tandas sekolah dilakukan dengan memperkenalkan konsep ‘kamar selesa’ untuk memberikan imej baru kepada tandas sekolah. Imej baru disenangi ramai dinamakan sempena nama bunga-bungaan 1 Malaysia melambangkan pelbagai kaum di Malaysia.

Konsep Rekaan

            Keluasan Kamar Selesa Santalia ialah 9.5m x 2.8m dihias dengan lukisan mural batik bermotifkan bunga santalia kelihatan lebih menyerlah keindahannya. Terletak di Blok Dedikasi tingkat 1 memudahkan guru-guru dan kakitangan serta pelawat wanita menggunakannya. Konsep rekaan adalah bergaya Nusantara, mesra alam dan berinformasi. Pintu gerbang berukiran kayu di bahagian luar menjadi tarikan pengguna semua bangsa yang berkunjung ke sekolah ini. Air terjun di hadapan pintu masuk memberikan kesan sejuk serta nyaman dan arca mobile daripada buluh digantung di bahagian atas pintu masuk bagaikan bunyi muzik bila ditiup angin. Landskap yang tersusun rapi di bahagian luar dan dalam menambah keselesaan pengguna. Bangau dan itik serta batu- batu menghidupkan dan menceriakan lagi suasana yang memberikan kesan dramatik. Tiang yang dihias dengan ukiran motif bunga santalia memberikan kesan pergerakkan menuju Kamar Selesa Santalia. Di bahagian dalam ruang ini dihias dengan karya pelajar pelbagai bangsa seperti catan, lukisan dan kraf yang melambangkan 1 Malaysia.

Keistimewaan

  1. Penggunaan Nama Bunga:
Penggunaan nama bunga untuk semua kamar selesa kerana bau bunga yang wangi, mempunyai rupa yang unik dan diyakini memberikan imej menarik.
  1. Penerapan unsur seni tradisional.
Lukisan mural kain batik bermotifkan bunga santalia dipilih kerana sudah menjadi pakaian yang bersifat 1 Malaysia kerana semua kaum sudah memakainya.
  1. Berinformasi
Sudut informasi disediakan supaya pengguna mendapat manfaat ‘dua dalam satu’ iaitu menggunakan kamar selesa dan mendapat informasi.
  1. Mendapat pengiktirafan
Pernah memenangi Anugerah Inovasi 2009 anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kluang sempena Hari Kualiti. Reka bentuk kontemporari campur tradisional dan moden menjadi tarikan. Kebersihan dan keindahan yang disempurnakan oleh warga sekolah ini daripada pelbagai kaum yang sentiasa berkerjasama menjadi penghias perpaduan yang juga mencintai kebersihan dan keindahan. Kad pemantauan digunakan untuk menilai tahap kebersihan dan penambahbaikan.
  1. Membawa impak positif
Keceriaan kamar selesa mendorong warga sekolah mencintai kebersihan dan menghargai kemudahan yang sedia ada ke arah melahirkan masyarakat 1 malaysia yang mengamalkan nilai-nilai murni.



Penutup

            Sebagai kesimpulannya Kamar Selesa layak menyertai Pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1 Malaysia 2011 kerana mempunyai pelbagai keistimewaan seperti reka bentuk yang unik, ruang pameran kreatif, sentiasa dikunjungi pelawat dan diurus oleh pelbagai kaum di sekolah ini yang juga merupakan Sekolah Sukan Negeri Johor.


 PROGRAM TANDAS BERSIH 1 MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
SMK TUN HUSSEIN ONN KLUANG JOHOR

PENDAHULUAN
Apabila kita menyebut tentang isu tandas, ramai yang mengambil mudah serta menganggapnya sesuatu perkara yang kecil dan remeh. Ada pula yang berpendapat tandas memang adalah tempat yang kotor oleh itu patutlah ianya berada dalam keadaan yang kotor. Jika sekalipun tandas itu berada dalam keadaan yang bersih, golongan ini tidak berfikir dua kali untuk mengotorkannya atau menggunakannya dengan cara yang salah sehingga merosakkannya.

Demikianlah kita sering dapat lihat tandas yang tersumbat, pamnya rosak atau paip air dibiarkan tidak ditutup dan sebagainya. Sebenarnya isu kebersihan tandas merupakan sesuatu yang serius yang perlu kita semua ambil berat. Bayangkan jika kita tiba-tiba mendapat “Call of nature “ di sekolah yang tandasnya rosak dan kotor, pada ketika itu kita akan dapat hayati nilai sebenar tandas yang bersih. Mungkin ketika itu isu ini bukan suatu perkara yang kecil lagi. Atau, jika kita terdengar pelawat atau tetamu kita merungut tentang tandas kita yang menjijikkan, sudah tentu ianya akan memalukan kita serta mencemar imej sekolah. Pada ketika itu, kita akan dapat rasakan betapa perkara ini bukan satu isu yang remeh.

PERNYATAAN MASALAH

Tanggungjawab penjagaan dan pengurusan tandas lazimnya diletakkan di bawah tanggungjawab pengguna yang menggunakan tandas tersebut. Permasalahan timbul apabila tandas tidak diurus dengan baik sehingga menyebabkan kesulitan berlaku.  Kemudahan tandas yang difokuskanuntuk kajian ini adalah tandas yang terdapat di SMK Tun Hussein Onn Kluang. Kajian mengenai pengurusan tandas telah difikirkan sesuai disebabkan beberapa masalah yang sering dibangkitkan dalam kalangan pengguna. Berdasarkan pemerhatian dan aduan daripada pengguna, keadaan tandas di sekolah ini tidak berada dalam keadaan yang memuaskan. Hal ini kerana, terdapat sebilangan pengguna yang masih tidak mahu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh oihak pentadbiran sekolah.
Kemudahan infrastruktur yang sedia ada di dalam tandas semakin hilang fungsinya. Terdapat sebahagian daripadanya yang tidak boleh digunakan dan memerlukan gentian semula yang sudah pasti memerlukan kos. Kemusnahan atau kerosakan kemudahan yang disediakan di dalam tandas berlaku disebabkan amalan penggunaan tandas yang tidak berdisiplin. Terdapat segelintir pengguna tandas di sekolah ini masih tidak memenuhi peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini menyebabkan ada kalanya keadaan tandas menjadi kotor, tidak kemas, menjijikkan dan berbau.

Seharusnya pengguna tandas hendaklah mematuhi peraturan tandas supaya tidak berlaku sebarang kesulitan untuk kegunaan pengguna tandas yang lain. Tandas awam boleh digunakan oleh setiap pengguna tanpa had dan batasan. Namun sekiranya terdapat segelintir individu yang menyalahgunakan tandas tanpa menghiraukan hak penguna lain, maka terdapat kepincangan yang akan berlaku. Tambahan lagi, keadaan tandas di sekolah ini diuuskan oleh pihak swasta yang terlibat. Kebersihan serta kemudahan yang disediakan di dalam tandas sentiasa dipantau untuk memastikan setiap pengguna dapat menggunakan tandas dengan kadar yang memuaskan.

Peranan ahli jawatankuasa guru dan pelajar bagi setiap aras amat penting untuk menguruskan keadaan tandas di sekolah. Namun, adakah cukup sekadar membuat sebarang tindakan susulan.? Oleh yang demikian, penyelaras jawatankuasa unit kebersihan dan keceriaan telah memainkan peranan penting dalam memikul tanggunjawab untuk menguruskan tandas di sekolah ini supaya sentiasa bersih, selamat untuk semua pengguna. Oleh itu berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi, amat penting bagi setiap pengguna tandas memainkan peranan yang lebih mantap dalam membentuk kesedaran dan membuka minda tentang kepentingan tandas dalam kehidupan seharian. Kajian ini dijalankan supaya masalah yang telah dikenalpasti dapat dirungkai dan menemui jalan penyelesaian.

KEPENTINGAN PROGRAM

Program ini dilaksanakan supaya dapat member kesedaran kepada pengguna tandas SMK Tun Hussein Onn Kluang khususnya dalam kalangan pelajar tentang kepentingan pengurusan tandas dengan cara yang betul. Sekiranya tandas tidak diuruskan dengan baik, pelbagai penyakit berjangkit akan dihidapi oleh pengguna seperti taun, demam kepialu, cirit-biritdan jangkitan cacing. Selain itu, sekiranya tandas tidak diberi penjagaan yang khusus ianya akan menjadi tempat pembiakan atau ganguan serangga terutamanya lalat. Tandas merupakan tempat untuk kita membuang sisa makanan dan minuman dalam badan. Pada masa yang sama, tandas dapat membantu pengguna menjaga kesihatan diri. Sehubungan itu, ia memerlukan keadaan yang hening dan menyenangkan.

Bekas Datuk Bandar Suwon, Sim Jae-Duck menjadi individu yang pertama memulakan kempen mencantikan tandas Bandar raya berkenaan sehingga beliau digelar Mr. Toilet. Kesedaran menjaga kebersihan tandas sudah mula dipupuk sejak Korea Selatan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2002. Namun, keadaan tandas awam di Negara ini kurang memuaskan dan tidak menggambarkan budaya masyarakat Malaysia yang majoritinya adalah beragama Islam. Sesungguhnya di dalam Islam, kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

Kajian ini juga memupuk pembentukan sikap yang positif dalam kalangan pelajar SMK Tun Hussein Onn Kluang. Pembentukan sikap yang terpuji dalam aspek kebersihan, pengurusan dan amalan penggunaan tandas perlu dididik. Amalan penggunaan tandas yang betul dapat memastikan keadaan tandas sentiasa berda dalam keadaan yang selesa dan bersih untuk semua pengguna. Selagi tidak wujud sikap yang betul dan baik,selagi itulah akan wujud suasana yang tidak selesa di dalam sesebuah komuniti. Oleh itu, pembentukan sahsiah merupakan elemen utama yang perlu diterapkan dalam diri setiap pengguna.

Kepentingan program ini juga dapat membantu mewujudkan persekitaran yang sihat dan bersih. Amalan penggunaan tandas yang betul dapat memastikan tandas berada dalam keadaan yang baik, selamat dan selesa untuk semua pengguna. Persekitaran yang sihat tidak hanya tertumpu kepada kebersihan diri sahaja, malah ianya merangkumi pelbagai aspek yang berada di sekeliling kita. Di samping itu, dengan wujudnya persekitaran yang bersih, ianya dapat mewujudkan individu yang sihat, berfikiran cerdas dan berfikiran optimistic. Ini juga membantu mencorakkan identity bangsa Malaysia yang berkualiti. Oleh yang demikian, kajian ini diharap akan dapat membuka minda setiap pengguna tandas di sekolah ini mengenai kepentingan menjaga dan menguruskan tandas dengan betul.

MATLAMAT
Membentuk budaya tandas bersih dalam kalangan masyarakat Malaysia amnya dan warga SMK Tun Hussein Onn Kluang khususnya.

OBJEKTIF
·         Menerapkan kesedaran dalam kalangan murid SMK Tun Hussein Onn Kluang tentang peripentingnya menjaga kebersihan tandas.
·         Menukar persepsi murid dan warga sekolah terhadap kebersihan tandas sekolah.





NAMA PROGRAM: KAMAR SELESA

DEFINISI:      Merujuk Kamus Dewan
‘KAMAR’ bermaksud bilik atau ruang
‘ SELESA’ bermaksud lega, sedap, senang atau kondusif. Kesimpulannya ‘ KAMAR SELESA’ bermaksud sebuah bilik atau ruang yang selesa, lega dan kondusif.

TUJUAN:      1. Perubahan nama tandas kepada ‘ KAMAR SELESA’ ialah untuk mengubah minda warga SMK Tun Hussein Onn Kluang bahawa tandas yang lazimnya berbau busuk dan kotor boleh dijadikan satu ruang yang bersih dan wangi, kondusi dan disenangi justeru ruang ini perlu diurus dengan sempurna.

                        2. Nama bunga tradisional tempatan yang berbau harum dijadikan nama KAMAR SELESA atas rasional seperti berikut:
                       
a)    Memperkenalkan nama flora tempatan yang tradisional kepada warga SMK Tun Hussein Onn Kluang khususnya dan masyarakat luar amnya.
b)    Bunga-bunga yang berbau harum dapat memberikan kesan terapi dan amat baik kepada kesihatan.
c)    Bentuk- bentuk bunga yang unik dan menarik perhatian.

KONSEP:      1. KAMAR SELESA TERBUKA – khusus untuk pelajar lelaki sahaja,
cantik dan bersih  serta berfungsi
                        2. KAMAR SELESA – cantik dan bersih serta berfungsi.

OBJEKTIF:   1- menjadikan suasana ruang yang kondusif , wangi dan
menyenangkan.
2- mengubah minda dan sikap masyarakat bahawa tandas adalah ruang yang mesti  diurus dengan sempurna bukan tempat contengan dan kotoran.
3- menanamkan sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam pengurusan dan penjagaan harta awam.
4- menyemai semangat menyayangi serta menghargai.
5- menjadikan kamar selesa sebagai ruang yang memberikan maklumat atau ilmu pengetahuan.
6- memberikan kemahiran kepasa pelajar untuk melukis mural didinding kamar selesa.
7- menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.
8- nama-nama flora dijadikan sumber idea dalam lukisan mural yang boleh dijadikan rujukan kepada pelajar.
9- mengurangkan masalah disiplin dan vandalisme
10- semangat perpaduan dapat disemai ketika menjalankan aktiviti melukis yang disertai pelbagai kaum.

MASA:                 Februari – November 2011

TEMPAT:      SMK Tun Hussein Onn Kluang Johor

KUMPULAN SASARAN:

            1- Warga Smk Tun Hussein Onn
            2- Masyarakat Luar Seperti Pelawat Dan Lain-Lain.

JAWATANKUASA PELAKSANA

·         Pegawai Pentadbiran
·         Ahli Jawatankuasa Guru-guru  dan pelajar
·   Semua Guru
·         Pekerja Swasta



STRATEGI PELAKSANAAN:
           
·      Membentuk jawatankuasa kerja dalam mesyuarat ajk.
·         Memeriksa dan menganalisa segala kerosakan yang perlu dibaikpulih dan tandas yang perlu diselenggara.
·         Merangka pelan penyelenggaraan dan anggaran kos yang diperlukan.
·         Menyediakan sebutharga untuk kos pekerja bagi tujuan penyelenggaraan.
·         Memantau kerja-kerja penyelenggaraan.
·         Melukis mural oleh guru-guru dan pelajar Kelab Seni SMK Tun Hussein Onn Kluang yng terdiri daripada pelbagai kaum.
·         Menyediakan sistem pemarkahan bagi penilaian dalam kad pemantauan setiap hari oleh guru dan pekerja swasta yang  bertugas.( rujuk kad pemantauan dan senarai ajk kamar selesa.
·         Menghargai Ahli Jawatankuasa Guru-guru  dan pelajar dalam setiap perhimpunan bulanan bagi tandas terbersih bulanan.

KOS:
            1- lukisan mural                               - rm 1200.00
            2- peralatan                                       -cat emulsi dan pelaka
            3- penyelenggaraan                                    - pihak sekolah dan pekerja swasta

SUMBER KEWANGAN:   
           
1.    Pihak Sekolah
2.    PIBG
3.    Sumbangan Individu

IMPAK:         
1.    Semua warga Smk Tun Hussein Onn Kluang dapat menerima perubahan perkataan tandas kepada Kamar Selesa.
2.    Nama bunga tempatan dapat diperkenalkan kepada warga SMK Tun Hussein    
     Onn.
3.    Bentuk-bentuk bunga, flora yang unik dijadikan idea atau motif dalam
Lukisan mural di dinding Kamar Selesa.
4.    Segala info di dalam Kamar Selesa boleh dijadikan rujukan kepada semua
Penggunanya.
5.    Berjaya menjadikan Kamar Selesa sebuah ruang yang kondusif dan
Menyenangkan. ( rujuk gambar)
6.    Dapat mengubah minda dan sikap warga Smk Tun Hussein Onn bahawa
Tandas adalah ruang atau bilik yang mesti diurus dengan sempurna dengan
Menjadikan anak angkat kepada 2 orang guru setiap sebuah Kamar Selesa
( rujuk lampiran)
7.    Pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan di luar bilik darjah dengan
Memberikan pendedahan proses dan teknik melukis mural kepada pelajar
Dan guru.
8.    Vandalisme dapat dikurangkan seperti merosak dan menconteng.
9.    Dapat memperkenalkan kesenian tempatan iaitu seni batik kepada warga
Smk Tun Hussein Onn melalui lukisan mural.
10. Aktiviti kokurikulum dan kurikulum dapat dijalankan seiring.
11. Semangat kerjasama dan perpaduan dapat dipupuk kerana pelbagai
Kaum menjalankan aktiviti bersama.
12. Dapat memupuk dan meransang pelajar serta guru menjadi lebih kreatif
Dan inovatif.


PENUTUP

Tandas atau lebih lembut jika dikatakan ‘KAMAR SELESA’, adalah destinasi kita yang pertama dalam memulakan hari-hari kita. Setiap kali selepas bangun tidur lagi tandas menjadi destinasi  pertama  dan ia juga menjadi tempat terakhir sebelum kita beradu di bilik tidur. Jelaslah disini bahawa jika ‘KAMAR SELESA’ kita tidak bersih ia akan mencerminkan individu itu orang yang bersifat pembersih atau tidak. Fikirkanlah.

TANDAS BERSIH SATU MALAYSIA

Tandas bersih satu Malaysia,
Santalia mawar melur cempaka,
Kenanga teratai kesidang kemboja,
Dikenali di seluruh Negara.

Sungguh cantik kamar selesa,
Dihiasi bunga-bunga mengharum,
Digunakan bersama oleh pelbagai kaum,
Hidup sihat aman dan bahagia.

Chorus:

Kamar selesa tempat tumpuan,
Jati diri semangat setiakawan,
Nikmat suasana penuh keindahan,
Terus cemerlang di masa hadapan.

Wahai rakan mari bersama,
Bersih dan cantikkan suasananya,
Tandas bersih Satu Malaysia kita,
Lambang semangat perpaduan terlaksana.

Lirik:  Puan Seti Sumarmi Binti Daud
Gubahan: Encik Reduan Bin Lebai Ariffin